Matlamat perjuangan GAGASAN Gagasan_Rakyat_Sarawak

  • Memperjuangkan hak kemerdekaan wilayah, hak pemerintahan sendiri Sarawak, serta kuasa tadbir residen wilayah, seiring dengan pelaksanaan kuasa autonomi Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Mempertahankan hak peribumi Dayak Sarawak, hak imigresen Sarawak, hak tanah adat wilayah, hak royalti minyak & gas Sarawak, kuasa politik rakyat, dan hak budaya & warisan pelbagai kaum, selaras dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Memperkukuh keamanan dan keselamatan wilayah Sarawak, agar terus terpelihara, makmur, dan sejahtera.
  • Mengekalkan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian semua kaum, agama, dan bangsa masing-masing di Sarawak.
  • Kebebasan beragama untuk agama-agama lain, hak kebebasan media tempatan & antarabangsa, serta hak kebebasan bersuara rakyat Sarawak, mestilah diutamakan & dihormati oleh semua pihak.
  • Memfokuskan amalan-amalan nilai murni, budaya budi bahasa, serta amalan hormat menghormati di kalangan seluruh rakyat Sarawak.
  • Mengutamakan hak kebajikan & kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak (termasuk bantuan kewangan rakyat & bantuan perumahan rakyat), hak pendidikan untuk anak-anak Sarawak, hak pengajian tinggi untuk semua kaum, serta peluang pekerjaan yang lebih baik untuk golongan belia dari semua kaum di Sarawak.
  • Mengutamakan hak khusus untuk golongan belia serta golongan wanita di Sarawak, melalui pelbagai pelaksanaan seperti bantuan-bantuan kewangan khas, bantuan perniagaan, bantuan pendidikan & pengajian tinggi, serta bantuan khas usahawan belia & usahawan wanita di Sarawak.
  • Menghapuskan sepenuhnya amalan budaya rasuah, membanteras budaya politik wang & penggubahan wang haram, membanteras sindiket pemalsuan dokumen kerajaan Sarawak, serta menghapuskan amalan lompat parti di kalangan semua ahli & para pemimpin GAGASAN.
  • Membanteras serta menghapuskan sebarang aktiviti-aktiviti jenayah serta aktiviti-aktiviti penyeludupan bahan-bahan terlarang yang kian berleluasa di Sarawak.
  • Mengutamakan corak pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih adil, liberal, jujur, amanah, ikhlas, cepat bertindak, berintegriti tinggi, berwibawa, dan bermaruah tinggi.
  • Mengutamakan kestabilan ekonomi negeri, kestabilan politik negeri, serta memantapkan sektor kesenian & kebudayaan di Sarawak.
  • Melaksanakan lebih banyak pembangunan infrastruktur asas wilayah, pembangunan sains & teknologi Sarawak, serta pembangunan projek-projek mesra rakyat, yang bersesuaian dengan aspirasi pembangunan wilayah di Sarawak.
  • Memantapkan lagi sektor teknologi & inovasi Sarawak, serta menggalakkan semua anak-anak Sarawak mendalami ilmu sains & teknologi, ilmu kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan aeroangkasa & eksplorasi alam semesta, dan ilmu perniagaan & keusahawanan digital.
  • Memperkasa pembangunan teknologi hijau di Sarawak, termasuk pembangunan tenaga hidrogen, kepakaran teknologi janakuasa hidroelektrik, teknologi berasaskan tenaga biogas hidrokarbon (BioNG), dan pembangunan tenaga elektrik solar di Sarawak.
  • Melaksanakan lebih banyak projek menaiktaraf & menyelenggara kemudahan sukan serta fasiliti-fasiliti sukan sedia ada di Sarawak.
  • Melaksanakan sepenuhnya pembangunan dalam bidang sukan di Sarawak, serta dapat melahirkan lebih ramai atlet-atlet Sarawak bertaraf profesional serta dikagumi oleh seluruh persatuan sukan antarabangsa.